Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1441H/2020

Semoga Amal Ibadah Kita Semua Di Terima Dan Di Berkati Ilahi.

Al Quran Itu Panduan Hidup Kita

Jangan kita sekali-kali mensia-siakan hidup kita tanpa belajar memahami isi kandung ayat-ayat suci Al Quran.

Membina Taman Rezeki

Binalah Taman Rezeki Untuk Menarik Rezeki, Umpama Membina Taman Yang Indah Untuk Sang Rama-Rama Singgah.

Al Waqiah Rahsia Rezeki Melimpah Ruah

Amalkan Setiap Hari Membaca Surah Al Waqiah, In Syaa Allah Rezeki Yang Tak Disangka-sangka Akan Kunjung Tiba.

Jadilah Usahawan Muslim Produktif

Setiap Orang Dikurniakan Masa 24 Jam, Manfaatkan Sebaiknya. Sistemkan Perniagaan Anda Supaya Anda Ada Masa Untuk Orang Yang Tersayang.

Saturday, 8 September 2018

KISAH INSPIRASI - IPPHO SANTOSA




“BELILAH KESENANGANMU NANTI, DENGAN KEGIGIHAN PADA SAAT SEKARANG” - IPPHO SANTOSA

.
.
Hari ni saya baca buku tajuk “Mudahnya Menjemput Rezeki” karya Tuan Fathuri Salehuddin. Saya tau rakan2 ramai yg dah baca buku ni kan? Ada satu kisah menarik saya nak kongsikan sebagai inspirasi buat golongan2 muda macam saya ni. Eh..muda lagi ke? Haha.. 🤣

.

.
Rakan2 kenal tak Ippho Santosa? Dia ni digelar Pakar Otak Kanan. Dashat kan? Siapa dia sebenarnya ni? Ini hasil kajian saya...(macam detektif conan plak😎
.
.
Rakan2 nak tau, zaman dia kecik2, dia ni selalu tak hadir ke sekolah. Bukan malas, tapi sebab sakit. Benda ni berlarutan hingga la dia sekolah menengah. Akibatnya, dia jadi pelajar tercorot. Especially (kata mat salleh) dalam subjek Bahasa Inggeris. Tak kata kat dia la, saya pun sama..corot jugak BI dulu..haha
.
.
Family dia orang susah. Dia terpaksa tanggung duit belanja belajar sendiri. Setiap hari, dia jual makanan dari jam 6 petang hingga 12 malam. Namun! Ada satu RAHSIA yang dia lakukan utk jadikan diri dia sentiasa konsisten BERSEMANGAT. Rakan2 nak tau apa rahsianya?🤔
.
.
Dia berani CIPTA dan TULIS IMPIAN YANG BESAR! Ya! IMPIAN YANG BESAR! Kemudian dia usahakan dengan GIGIH dan KONSISTEN untuk capai impiannya. Ada orang tanya dia macamana cara untuk capai target dan impian tu? Jawapannya...(ini rumusan yg saya buat)
.
.
Letakkan PRIORITI (Ikut Keutamaan). Contoh kita ada 3 target/impian besar. So, pecah2 kan mengikut keutamaan. Contoh tahun ni capai dulu target A. Tahun seterusnya capai pula target B. Begitulah seterusnya. Kena buat planning. Bukan sekadar tindakan meng”khinzir” buta. Lepas tu jangan lupa berdoa. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Remember!👈
.
.
Natijahnya, pada hari ini, dia mampu berdiri sebagai penceramah di hadapan ribuan orang. Dia bangkitkan motivasi kepada ramai orang supaya berani membina impian. Ada satu buku tulisan dia tajuk “7 Keajaiban Rezeki” menjadi buku yang sangat laris dipasaran. Buku tu juga pernah diulas oleh Donald Trump. Fuhh! Dashat kan?
.
.
Dulu tak pandai bahasa inggeris sekarang dah pandai dan dia pernah menjadi penterjemah untuk projek. Amazing! Dulu miskin, sekarang dah jadi jutawan. Dulu tak dikenali, sekarang dah terkenal. Semuanya bermula dengan MEMASANG IMPIAN YANG BESAR.
.
.
“Belilah kesenanganmu nanti, dengan kegigihan pada saat sekarang” - Ippho Santosa
.
.
Bestkan kisah ni? Sengaja saya nukilkan untuk inspirasi semua terutama anak2 muda. Jadi, mulai hari ni, mula pasang impian ya. Jangan takut. Kalau nak pasang impian pun takut maknannya untuk capai memang jauh sekali la. Sebab tu kita sentiasa tertinggal dibelakang. Dok baca kisah2 orang je la di pesbuk. Huhu...Lepas tu menyalahkan takdir & bagi alasan berbakul2. #kesiankan🤭
.
.
Insyaallah nanti saya kongsikan cara nak pasang impian dengan betul di post yg akan datang. Stay tune ya rakan2! Semoga bermanfaat. Doakan saya dapat jadi hebat macam rakan2 juga.🤗
.
.
Diizinkan #SHARE

Friday, 7 September 2018

TEKNIK BACA SURAH AL-KAHFI HARI JUMAAT





Tengah scroll IG tiba nampak satu post dari @fitriharisofficial . Saya rasa ni teknik paling mudah la untuk kita yang tak larat nak baca sekali gus Surah Al-Kahfi pada Hari Jumaat. Maklum la..semua sibuk jana ekonomi keluarga kan..hihihi... 

Moh kita sama2 buat macamni...


 Selepas Maghrib


- Hari Khamis Malam Jumaat
- Baca ayat 1-31
- Kisah Ashabul Kahfi

 Selepas Isyak
- Hari Khamis Malam Jumaat
- Baca ayat 32-59
- Kisah 2 Pemilik Kebun.

 Selepas Subuh
- Hari Jumaat
- Baca ayat 60-83
- Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir

 Selepas Subuh
- Hari Jumaat
- Baca ayat 84-110
- Kisah Zulkarnain & Ya’juj Ma’juj


Bahagi-bahagikan macamni. Senang nanti nak baca serta tadabbur skali. Tadabbur ni macam kita menghayati la. Ye la..tak kan baca je..kena la faham apa yg kita baca. Baru la ayat Al Quran yang kita baca tu dapat jadi panduan hidup. Hehe...(sedap kan nasihat org)

Antara hadis2 disyariatkan membaca surah Al-Kahfi pada malam dan siang hari Jumaat serta kelebihannya adalah seperti berikut :

[1] Dari Abu Said Al-Khudri ra, dari Nabi saw bersabda :
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.”

- Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim

[2] Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id Al-Khudri ra :
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

- HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘ Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi

Selamat beramal rakan2!

Doakan saya dapat istiqomah juga baca surah Al-Kahfi ni macam rakan2.

#SHARE untuk manfaat bersama.

Thursday, 6 September 2018

CARA RENEW SSM DI BSN



Alhamdulillah...hari ni saya ke BSN nak renew SSM sebab 11hb ni dah expired. Nanti tak pasal² kena denda RM20. huhu... 😣

Dulu ingat kat SSM je bleh renew, bila search google kat BSN pun boleh. Maklum la rakan2... Saya ni newbie je. Kikiki

Saya nak share hari ni cara nak renew SSM kat BSN.

1) Ini senarai dokumen diperlukan untuk renew SSM di BSN :

 IC pemilik perniagaan (klu berpartner, guna IC salah sorang je)

 Borang A1 (Borang Renew SSM)

**Download Borang A1 : >>KLIK SINI<<
**Panduan isi Borang A1 : >>KLIK SINI<<

 Sediakan duit untuk bayaran (Bawa lebih skit xpa)

a) Nama tred = RM60 setahun
b) Nama Sendiri = RM30 setahun
c) Cawangan = RM5 setahun bagi setiap cawangan
**Boleh rujuk sini : >>KLIK SINI<<


2) Print & Isi Borang A1 pastu sign la kat bawah tu. Simple je isi borang ni. Pastikan IC & duit yang diperlukan ada dalam dompet. Takut tertinggal. Elok Pegi pagi sebab senang nak parking. Hihi...Tapi kalau tak sempat nak print Borang A1, mintak je nnti kat kaunter di bank BSN tu. Isi kat sana.


3) Dah ada semua dokumen2 ni, pegi mana2 cawangan bank BSN yg terdekat. Saya pegi kat BSN Kota Damansara. Rakan2 search la kt google mana BSN yg dekat.


4) Ambik nombor & tunggu giliran. Pagi ni nasib saya tak baik. Sistem kat bank sini ada masalah. So kena tunggu dalam 30 minit. Lalalala..


5) Bila dah tiba giliran, serah je dokumen2 tu kat dorang. Nanti dorang akan settlekan. Waktu bayar tu dia ada la caj skit. Macam sya total RM63.50. RM60.00 tu sebab SSM nama tred. RM 3.50 caj perkhidmatan. Ok la tu..


6) Dah selesai, jangan lupa ucap terima kasih kat org kaunter tu. Ye la...org dah tolong kita kan..Hehe...🤗


Alhamdulillah..settle juga renew SSM hari ni. Sebenarnya ada bnyk lagi cara. Rakan2 google lah. Nak renew online pun boleh. Cuma caj perkhidmatan dorang yg tolong buat tu la mahal skit. Saya buat kat BSN sbab dekat ngan rumah je. Hihi..


Semoga Bermanfaat ya!😉👍

Wednesday, 5 September 2018

TEKNIK MEMBACA BUKU BERKESAN




Nak berjaya mesti kena ada ilmu. Cara shortcut untuk dapatkan ilmu yg banyak ialah dengan baca buku.
.
Tapi..sekarang ni ramai dah yang tak minat baca buku..betul x? Sebab setiap hari kita asyik leka baca status FB org je. Sama la saya pun. Huhu. Tapi sejak ada TEKNIK PQRST ni, saya jadi makin seronok plak baca buku. Hehe.. alhamdulillah..teknik ni sangat berkesan.
.
Rakan2 nak tahu tak apa TEKNIK PQRST ni? 
.
Jom kita tengok satu2...
.
.
==========
P = Preview
==========
.
Preview maksudnya “tinjau”. Kita kena tinjau dulu tajuk2 utama atau bab2 tertentu pada keseluruhan buku untuk mendapatkan gambaran & fikiran supaya otak kita lebih tertumpu kpd isi utama.
.
===========
Q = Question 
===========
.
Question maksudnya “soal”. Macamna nak soal tu? Berbalik kepada tajuk atau bab yang kita telah tinjau tadi, kita buat soalan utk tanya pada diri kita. 
Contoh -> 
Bab 1 : KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH, So kita tanya la diri kita “Apa dia ek kelebihan solat berjemaah ni? Apa yang aku dapat kalau aku pegi solat berjemaah ya?
.
========
R = Read 
========
.
Read maksudnya “Baca”. Tadi dah tanya soalan kan. Jadi sekarang adalah masa untuk cari jawapannya. Fokus dan tumpukan untuk mendapatkan jawapan tersebut. Anda rasa saya ada masa untuk mengantuk masa baca buku klu buat teknik ni? Memang tak la kan. Hehe... Satu lagi benda penting sebelum kita nak start membaca ni ialah pilih tempat yg sesuai dan tenang. Jgn baca sambil main wassap atau sambil tengok tv. Anda takkan dapat fokus.
.
===============
S = Self-Recitation
===============
.
Self-Recitation maksudnya “Pembacaan Kendiri”. Ini adalah proses utk kita nak ingat balik fakta2 utama bab atau bahan yang telah dibaca. Caranya, sebut kepada diri sendiri secara lisan (sebut kuat) untuk mengingatkan semula apa yang dibaca dgn menggabungkan proses P,Q,R secara serentak.
Contoh -> 
Bab 1 : Kelebihan Solat Berjemaah
Soalan : Apa dia ek kelebihan solat berjemaah ni? 
Jawapan Dalam Buku : Solat berjemaah dapat 27 kali ganda pahala daripada solat bersendirian.
***baca dengan suara yg kuat ketiga-tiga step ni. Faham x rakan2?
.
=======
T = Test
=======
.
Test bermaksud “Uji”. Uji diri kita setelah habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru kita baca itu dapat kita ingati. Pada peringkat inilah kita harus mula menyimpan apa yang telah kita pelajari ke dalam ingatan jangka panjang. Nak senang, kita share kpd rakan2 kita plak ilmu-ilmu yg kita dapat dari pembacaan tersebut. Comfirm kita akan ingat lama In Syaa Allah!
.
.
Rakan2 bleh la guna teknik PQRST ni ya. Jangan malas membaca rakan2, rugi nanti. Sekali lagi saya nak ingatkan, “SHORTCUT UNTUK KITA CEDOK ILMU-ILMU MAHAL DARIPADA MEREKA2 YANG DAH BERJAYA ADALAH DENGAN MEMBACA BUKU-BUKU TULISAN MEREKA”. 
.
.
Jika rakan2 dah baca sampai habis jangan lupa Komen “Alhamdulillah” ya.
.
Jika rakan-rakan suka, Insyaallah saya akan share lagi info & tips2 yang bermanfaat ya.
.
Jangan lupa doakan saya rakan2 supaya berjaya seperti rakan2 juga In Syaa Allah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Blog Saya. Semoga Bermanfaat Ya. Jangan Lupa Klik Butang SHARE Jika Ia Bermanfaat Untuk Anda