Wednesday, 5 September 2018

TEKNIK MEMBACA BUKU BERKESAN




Nak berjaya mesti kena ada ilmu. Cara shortcut untuk dapatkan ilmu yg banyak ialah dengan baca buku.
.
Tapi..sekarang ni ramai dah yang tak minat baca buku..betul x? Sebab setiap hari kita asyik leka baca status FB org je. Sama la saya pun. Huhu. Tapi sejak ada TEKNIK PQRST ni, saya jadi makin seronok plak baca buku. Hehe.. alhamdulillah..teknik ni sangat berkesan.
.
Rakan2 nak tahu tak apa TEKNIK PQRST ni? 
.
Jom kita tengok satu2...
.
.
==========
P = Preview
==========
.
Preview maksudnya “tinjau”. Kita kena tinjau dulu tajuk2 utama atau bab2 tertentu pada keseluruhan buku untuk mendapatkan gambaran & fikiran supaya otak kita lebih tertumpu kpd isi utama.
.
===========
Q = Question 
===========
.
Question maksudnya “soal”. Macamna nak soal tu? Berbalik kepada tajuk atau bab yang kita telah tinjau tadi, kita buat soalan utk tanya pada diri kita. 
Contoh -> 
Bab 1 : KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH, So kita tanya la diri kita “Apa dia ek kelebihan solat berjemaah ni? Apa yang aku dapat kalau aku pegi solat berjemaah ya?
.
========
R = Read 
========
.
Read maksudnya “Baca”. Tadi dah tanya soalan kan. Jadi sekarang adalah masa untuk cari jawapannya. Fokus dan tumpukan untuk mendapatkan jawapan tersebut. Anda rasa saya ada masa untuk mengantuk masa baca buku klu buat teknik ni? Memang tak la kan. Hehe... Satu lagi benda penting sebelum kita nak start membaca ni ialah pilih tempat yg sesuai dan tenang. Jgn baca sambil main wassap atau sambil tengok tv. Anda takkan dapat fokus.
.
===============
S = Self-Recitation
===============
.
Self-Recitation maksudnya “Pembacaan Kendiri”. Ini adalah proses utk kita nak ingat balik fakta2 utama bab atau bahan yang telah dibaca. Caranya, sebut kepada diri sendiri secara lisan (sebut kuat) untuk mengingatkan semula apa yang dibaca dgn menggabungkan proses P,Q,R secara serentak.
Contoh -> 
Bab 1 : Kelebihan Solat Berjemaah
Soalan : Apa dia ek kelebihan solat berjemaah ni? 
Jawapan Dalam Buku : Solat berjemaah dapat 27 kali ganda pahala daripada solat bersendirian.
***baca dengan suara yg kuat ketiga-tiga step ni. Faham x rakan2?
.
=======
T = Test
=======
.
Test bermaksud “Uji”. Uji diri kita setelah habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru kita baca itu dapat kita ingati. Pada peringkat inilah kita harus mula menyimpan apa yang telah kita pelajari ke dalam ingatan jangka panjang. Nak senang, kita share kpd rakan2 kita plak ilmu-ilmu yg kita dapat dari pembacaan tersebut. Comfirm kita akan ingat lama In Syaa Allah!
.
.
Rakan2 bleh la guna teknik PQRST ni ya. Jangan malas membaca rakan2, rugi nanti. Sekali lagi saya nak ingatkan, “SHORTCUT UNTUK KITA CEDOK ILMU-ILMU MAHAL DARIPADA MEREKA2 YANG DAH BERJAYA ADALAH DENGAN MEMBACA BUKU-BUKU TULISAN MEREKA”. 
.
.
Jika rakan2 dah baca sampai habis jangan lupa Komen “Alhamdulillah” ya.
.
Jika rakan-rakan suka, Insyaallah saya akan share lagi info & tips2 yang bermanfaat ya.
.
Jangan lupa doakan saya rakan2 supaya berjaya seperti rakan2 juga In Syaa Allah.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Blog Saya. Semoga Bermanfaat Ya. Jangan Lupa Klik Butang SHARE Jika Ia Bermanfaat Untuk Anda