Friday, 7 September 2018

TEKNIK BACA SURAH AL-KAHFI HARI JUMAAT





Tengah scroll IG tiba nampak satu post dari @fitriharisofficial . Saya rasa ni teknik paling mudah la untuk kita yang tak larat nak baca sekali gus Surah Al-Kahfi pada Hari Jumaat. Maklum la..semua sibuk jana ekonomi keluarga kan..hihihi... 

Moh kita sama2 buat macamni...


 Selepas Maghrib


- Hari Khamis Malam Jumaat
- Baca ayat 1-31
- Kisah Ashabul Kahfi

 Selepas Isyak
- Hari Khamis Malam Jumaat
- Baca ayat 32-59
- Kisah 2 Pemilik Kebun.

 Selepas Subuh
- Hari Jumaat
- Baca ayat 60-83
- Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir

 Selepas Subuh
- Hari Jumaat
- Baca ayat 84-110
- Kisah Zulkarnain & Ya’juj Ma’juj


Bahagi-bahagikan macamni. Senang nanti nak baca serta tadabbur skali. Tadabbur ni macam kita menghayati la. Ye la..tak kan baca je..kena la faham apa yg kita baca. Baru la ayat Al Quran yang kita baca tu dapat jadi panduan hidup. Hehe...(sedap kan nasihat org)

Antara hadis2 disyariatkan membaca surah Al-Kahfi pada malam dan siang hari Jumaat serta kelebihannya adalah seperti berikut :

[1] Dari Abu Said Al-Khudri ra, dari Nabi saw bersabda :
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.”

- Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim

[2] Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id Al-Khudri ra :
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

- HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘ Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi

Selamat beramal rakan2!

Doakan saya dapat istiqomah juga baca surah Al-Kahfi ni macam rakan2.

#SHARE untuk manfaat bersama.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Blog Saya. Semoga Bermanfaat Ya. Jangan Lupa Klik Butang SHARE Jika Ia Bermanfaat Untuk Anda