Hari raya aidilfitri bakal menjelang tiba tidak lama lagi ni. Masjid dan surau masih lagi ditutup musim PKP. Kali ni, ayah-ayah atau abang-abang mesti jadi imam solat Aidilfitri berjemaah bersama keluarga di rumah masing-masing.
Jangan risau, ikut sahaja panduan solat Aidilfitri dan khutbah hari raya ini.
❤️ Cara Solat Sunat Aidilfitri.
Rakaat Pertama
1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
Lafaz niat;
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ اِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى
Usalli sunnatan liAidil Fitri rak'ataini imaman lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat menjadi imam kerana Allah Ta'ala.
2. Membaca doa iftitah
3. Angkat tangan sambil lafaz takbir ‘Allahu akbar’ sebanyak 7 kali. Selang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar. secara perlahan.
[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر]
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’la)
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
Rakaat kedua
1. Bangkit dari sujud menuju rakaat kedua dengan lafaz takbir intiqalat ‘Allahu akbar’ tiada angkat tangan ketika qiam (takbir permulaan rakaat kedua)
2. Selepas itu terus angkat tangan sambil lafaz takbir ‘Allahu akbar’ sebanyak 5 kali di selangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar, secara perlahan.
[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر]
3. Membaca surah al-Fatihah
4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghasyiyah)
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
6. Memberi salam
Maka selesailah solat sunat Aidilfitri.
Kemudian tibalah saatnya untuk ayah-ayah/abang-abang membaca khutbah hari raya aidil fitri. Baca je teks yg disediakan ni!
Khutbah Aidilfitri ni macam khutbah hari Jumaat biasa saja.
TEKS KHUTBAH AIDIL FITRI 1441H/2020M
(Dibacakan selepas selesai solat hari raya aidil fitri)
❤️ KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
الحَمْدُ ِللهِ نَشْكُرُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ . أَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .. فَيَا أَيُّهَا الْـمُسْلِمُوْنَ اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Keluarga yang dikasihi sekalian,
Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan mentaati dan melaksanakan segala titah perintah-Nya serta meninggalkan segala yang ditegah dan dilarang-Nya.
Semoga ibadah puasa dan seluruh kebaikan dan ketaatan yang kita lakukan di bulan Ramadan yang lalu menjadi sebab bertambahnya ketakwaan kita kepada Allah SWT. Semoga Allah menerima amalan kita dan mengampuni kekurangan kita di sepanjang bulan Ramadan yang baru berlalu.
اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Hari ini adalah hari kesyukuran atas kejayaan kita sekeluarga melaksanakan kewajipan berpuasa dan mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia. Kegembiraan ini mestilah dizahirkan dengan bertakbir, bertahmid, dan bertasbih sebagai tanda perubahan diri kita untuk terus istiqamah melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah. Semoga kita dianugerahi Syurga Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam ayat 124 surah an-Nisa’:
وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَـٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا
Maksudnya: Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari kalangan lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.
اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Kita menyambut Ramadan dan Syawal tahun ini dalam suasana yang agak berbeza di mana kita terpaksa menghadapi norma baharu untuk tidak melakukan sebarang pergerakan di luar rumah sebagaimana kebiasaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan ketika ini bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.
Seluruh dunia ketika ini menghadapi ujian wabak COVID 19. Apa yang sedang berlaku ini adalah ujian buat kita pada keimanan, ujian kasih sayang sesama manusia, ujian kesabaran dan ujian kebijaksanaan menghadapi bencana.
Setelah lama kita hidup dalam kenikmatan dan kebebasan, kita kini belajar hidup dalam kesabaran dengan penuh redha, Virus Corona hanyalah Asbab untuk mengajar manusia erti kehambaan dan betapa kita semua sangat memerlukan pertolongan Allah.
Hanya beberapa bulan Allah menarik sedikit kenikmatan dan kebebasan, sudah ramai yang ketakutan, resah dengan pelbagai rungutan walaupun masih boleh makan dan berteduh. Ketahuilah Allah SWT menguji hambanya supaya mereka kembali mengingati dan taat kepada-Nya. Mudah-mudahan keluarga kita juga sentiasa mengingati Allah dalam menghadapi situasi ini.
Firman Allah SWT dalam ayat 11 surah at-Taghabun :
مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Keluarga yang dikasihi sekalian,
Mari kita sama-sama teruskan semangat ibadah di bulan Ramadan dengan istiqamah dalam ibadah kepada Allah terutamanya solat fardhu berjamaah dan teguh dalam mencintai rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, dan giat menuntut ilmu dengan apa cara sekalipun.
Sama-sama kita manfaat teknologi yang ada untuk terus mendekatkan kembali hubungan dengan sanak, saudara, keluarga dan teman-teman agar silaturrahin kita tidak terjejas sekalipun kita dalam tempoh perintah kawalan pergerakan di musim perayaan ini.
Dalam keterbatasan ini marilah kita sama-sama menghadapi norma baharu ini dengan tenang dan belajar gembira dengan suasana yang ada. Allah SWT menyuruh kita tolong menolong, nasihat menasihati dalam perkara kebaikan, kebenaran dan kesabaran dalam menghadapi kehidupan. Firman Allah SWT:
وَالْـعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)
(maksudnya): “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3)
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
(Habis khutbah pertama. Kemudian hendaklah khatib duduk seketika antara khutbah pertama dan kedua)
❤️ KHUTBAH KEDUA.
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Keluarga yang dikasihi sekalian,
Kita digalakkan untuk merebut peluang untuk menambah pahala dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal. Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ
Maksudnya: Sesiapa yang telah berpuasa bulan Ramadan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. [Riwayat Muslim]
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنَ الْبَرَصِ، وَالْـجُنُونِ، وَالْـجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. نَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ. اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Selesai, boleh la bersurai. Itu je pun. Tak susah kan?
Ada beberapa hari lagi ni bolehlah berlatih ye.
Agak-agak nak tukar teks khutbah, boleh je download khutbah mana-mana kat internet. seperti di laman web Jakim e-khutbah atau di laman web jabatan agama negeri. Kemudian baca.
Selesai...
Share panduan ni dekat semua ayah-ayah/abang-abang yang bakal jadi imam dan khatib raya di rumah nanti.