Kerjakan solat Dhuha sebagai tanda Syukur kita kepada Yang Maha Memberi. Waktu lapang yang ada sekarang ini gunakan sebaiknya. Buatlah 4 – 8 rakaat. Insyaallah ianya akan membawa barakah pada hari tersebut. Alang-alang kena duduk rumah, belajarlah Istiqomah.
Jangan lupa setiap hari baca surah Al-Waqiah. Insyaallah ia akan menarik rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Rezeki itu ada macam-macam jenis. Kesihatan itu juga adakah rezeki. Cuba bayangkan kalau kita duduk rumah tiba-tiba sakit? Atau keluarga kita sakit? Jadi, jangan lupa, kesihatan itu rezeki yang lebih bernilai dari duit. Amalkan Al Waqiah supaya segala rezeki tesebut mengelilingi kita.
Apabila berlakunya perintah kawalan pergerakan, sudah pasti ramai yang akan risau tentang keadaan kewangan masing-masing yang kian surut. Segala ikhtiar sudah dibuat dan kita semua sangat berharap keadaan getir ini akan segera pulih supaya dapat kita jalani kehidupan seperti biasa.
Jangan terpedaya dengan info-info palsu di media sosial. Follow berita-berita yang sahih sahaja. Selebihnya abaikan saja. Mohonlah doa kepada-Nya di atas sejadah. Jangan lupa titipkan juga doa kepada rakan-rakan kita yang kini sedang berjuang di barisan hadapan.
Situasi ini sangat menguji keimanan seseorang hamba terhadap Yang Maha Mencipta. Yang paling penting kita mesti YAKIN bahawa “Tidak akan berlakunya sesuatu tanpa IZIN daripada ALLAH”. La hawla wala quwwata illah billah.
- Syukri Sarapudin
#MembinaTamanRezeki
0 comments:
Post a Comment