Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1441H/2020

Semoga Amal Ibadah Kita Semua Di Terima Dan Di Berkati Ilahi.

Al Quran Itu Panduan Hidup Kita

Jangan kita sekali-kali mensia-siakan hidup kita tanpa belajar memahami isi kandung ayat-ayat suci Al Quran.

Membina Taman Rezeki

Binalah Taman Rezeki Untuk Menarik Rezeki, Umpama Membina Taman Yang Indah Untuk Sang Rama-Rama Singgah.

Al Waqiah Rahsia Rezeki Melimpah Ruah

Amalkan Setiap Hari Membaca Surah Al Waqiah, In Syaa Allah Rezeki Yang Tak Disangka-sangka Akan Kunjung Tiba.

Jadilah Usahawan Muslim Produktif

Setiap Orang Dikurniakan Masa 24 Jam, Manfaatkan Sebaiknya. Sistemkan Perniagaan Anda Supaya Anda Ada Masa Untuk Orang Yang Tersayang.

Tuesday, 28 January 2020

DUA RAHSIA REZEKI MELIMPAH RUAH


BILA KITA FAHAM KONSEP REZEKI, KITA TAKKAN TINGGALKAN ‘DUA RAHSIA’ INI…

1) DHUHA

Cuba istiqomah amalkan 2 rakaat dahulu, lepas tu tingkatkan lagi kepada 4 rakaat dan seterusnya 8 Rakaat. Sebab apa pentingnya Solat Dhuha ni?

Allah S.W.T menjamin rezeki yang cukup kepada hambanya yang mempunyai masa untuk solat Dhuha.

Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud)

2) TAHAJJUD

Antara kelebihan solat sunat tahajjud ialah doa maqbul, tenang hati serta fikiran, murah rezeki dan mendapat perlindungan daripada pengkhianatan manusia.

"Doa disaat tahajjud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."- Imam As-Syafie.

Rakan-rakan yang mulia, antara punca rezeki kita terhalang adalah mungkin disebabkan dosa-dosa kita yang lampau & kurangnya kita beristighfar memohon ampunan-Nya. Jadi manfaatkan dua waktu terbaik ini. Moga-moga selepas ini, rezeki kita semua mencurah-curah dengan penuh keberkatan.

Aaamiin...


- Syukri Sarapudin
#MembinaTamanRezeki

Sunday, 26 January 2020

OVERWORKED MENYEBABKAN KELETIHAN MELAMPAU



Semalam waktu tengah search pasal CoronaVirus ni, saya ada jumpa satu video ni.


Syukur kita umat Islam adanya 5 waktu solat yang WAJIB kena buat. Kalau tak mungkin kita juga jadi macamtu. Overworked.


Kerja itu Ibadah, tapi kalau kerja saja sampai urusan agama ditinggal tu memang bukan ibadah lagi la namanya.

Adanya 5 waktu solat ni sebenarnya menyelamatkan kita daripada Overworked yang akan menyebabkan kita mengalami keletihan yang melampau. Memang kita kalau boleh semua keje nak semua settle segera kan? Baru cepat naik gaji kan. Haha

Saya tertarik satu kisah ini. Saya copy paste dari FB JAKIM ni. Sebab kisah ni femes semua orang mesti pernah baca.

“Dalam satu riwayat dinyatakan seorang sahabat sedang bekerja. Beliau menyiapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu-bata. Pada masa azan dilaungkan, kerjanya sudah hampir selesai. Iaitu hanya meletakkan sebutir bata sahaja lagi. Apabila ketulan terakhir itu diletakkan ditempatnya maka sempurnalah kerjanya. Namun, tatkala mendengar azan dilaungkan serta merta sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi, walhal hanya tinggal meletakkan seketul batu bata sahaja lagi untuk menyelesaikan kerjanya, beliau menjawab, bahawa jika beliau meneruskan kerjanya, sebenarnya beliau membesarkan batu bata dan bukan membesarkan Allah! Padanya apabila azan dilaungkan, semuanya adalah kecil kecuali Allah.”

Hebat contoh tauladan para sahabat terdahulu. Mereka sangat yakin dengan rezeki ini milik Allah. Tak terkejar-kejar dengan dunia yang sementara ni.

Kita kerja kuat sampai tak solat, walaupun dapat gaji besar, percayalah, tiada keberkatan daripada situ.

Usahalah kejar keberkatan. Biar sikit tapi cukup, bukan dapat banyak tapi masih meminta-minta.

Semoga Bermanfaat!


- Syukri Sarapudin

Saturday, 25 January 2020

DOA CEGAH CORONA VIRUS



Kita dikejutkan dengan wabak Coronavirus yang bahaya. Selain dari persediaan kuarantin dan ubat-ubatan, lazimilah doa yang diajarkan oleh Nabi sallallah alaih wasallam ini:

مَنْ قَالَ : بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ ،
وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ


Maksudnya : 

Sesiapa yang membaca: "Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu pun dengan menyebut namaNya di bumi dan langit, dan Dialah yang Maha mendengar dan Maha Mengetahui" tiga kali dia tidak akan ditimpa bala tiba-tiba sehingga dia berpagian, sesiapa yang membacanya ketika berpagian sebanyak tiga kali dia tidak akan ditimpa bala tiba-tiba sehingga petang. (HR Abu Daud dengan sanad hasan)

Semoga Kita Terhindar dari Musibah Ini..Aamiin

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Blog Saya. Semoga Bermanfaat Ya. Jangan Lupa Klik Butang SHARE Jika Ia Bermanfaat Untuk Anda