Sunday, 26 January 2020

OVERWORKED MENYEBABKAN KELETIHAN MELAMPAU



Semalam waktu tengah search pasal CoronaVirus ni, saya ada jumpa satu video ni.


Syukur kita umat Islam adanya 5 waktu solat yang WAJIB kena buat. Kalau tak mungkin kita juga jadi macamtu. Overworked.


Kerja itu Ibadah, tapi kalau kerja saja sampai urusan agama ditinggal tu memang bukan ibadah lagi la namanya.

Adanya 5 waktu solat ni sebenarnya menyelamatkan kita daripada Overworked yang akan menyebabkan kita mengalami keletihan yang melampau. Memang kita kalau boleh semua keje nak semua settle segera kan? Baru cepat naik gaji kan. Haha

Saya tertarik satu kisah ini. Saya copy paste dari FB JAKIM ni. Sebab kisah ni femes semua orang mesti pernah baca.

“Dalam satu riwayat dinyatakan seorang sahabat sedang bekerja. Beliau menyiapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu-bata. Pada masa azan dilaungkan, kerjanya sudah hampir selesai. Iaitu hanya meletakkan sebutir bata sahaja lagi. Apabila ketulan terakhir itu diletakkan ditempatnya maka sempurnalah kerjanya. Namun, tatkala mendengar azan dilaungkan serta merta sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi, walhal hanya tinggal meletakkan seketul batu bata sahaja lagi untuk menyelesaikan kerjanya, beliau menjawab, bahawa jika beliau meneruskan kerjanya, sebenarnya beliau membesarkan batu bata dan bukan membesarkan Allah! Padanya apabila azan dilaungkan, semuanya adalah kecil kecuali Allah.”

Hebat contoh tauladan para sahabat terdahulu. Mereka sangat yakin dengan rezeki ini milik Allah. Tak terkejar-kejar dengan dunia yang sementara ni.

Kita kerja kuat sampai tak solat, walaupun dapat gaji besar, percayalah, tiada keberkatan daripada situ.

Usahalah kejar keberkatan. Biar sikit tapi cukup, bukan dapat banyak tapi masih meminta-minta.

Semoga Bermanfaat!


- Syukri Sarapudin

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Blog Saya. Semoga Bermanfaat Ya. Jangan Lupa Klik Butang SHARE Jika Ia Bermanfaat Untuk Anda