Tuesday, 4 February 2020

HIDUP INI PILIHAN



SEBENARNYA...KITA DIBERI PILIHAN DALAM HIDUP

Kaya, miskin, bahagia, serabut, semua itu pilihan kita.

Ada orang ditimpa musibah. Dia bersabar. Itu pilihan dia. Natijahnya Allah suka.

Ada orang diberi nikmat. Dia takabbur. Itu pilihan dia. Allah murka.

Manusia dikurnia akal. Bukan hanya pasrah bertawakal.

Berusahalah. Gali ilmu supaya mahir membuat pilihan.


Tak tahu? Belajarlah. Jangan malas. Orang malas hidupnya susah lagi menyusahkan. Betul tak?

Mesti Rajin. Usaha lagi dan lagi.

Jangan risau, Allah yang kita sembah itu Maha Kaya.

Manusia itu hanya asbab. Hakikatnya Allah yang bagi. Jangan terpedaya.

Pilihan yang bijak itu hadir dengan ilmu. Bukan ikut membuta tuli apa orang cakap.

Ingat, dunia ini tempat ujian yang akan menentukan apa pilihan kita di akhirat.

Nak ke Syurga atau sebaliknya?


- Syukri Sarapudin
#MembinaTamanRezeki

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Blog Saya. Semoga Bermanfaat Ya. Jangan Lupa Klik Butang SHARE Jika Ia Bermanfaat Untuk Anda