Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1441H/2020

Semoga Amal Ibadah Kita Semua Di Terima Dan Di Berkati Ilahi.

Al Quran Itu Panduan Hidup Kita

Jangan kita sekali-kali mensia-siakan hidup kita tanpa belajar memahami isi kandung ayat-ayat suci Al Quran.

Membina Taman Rezeki

Binalah Taman Rezeki Untuk Menarik Rezeki, Umpama Membina Taman Yang Indah Untuk Sang Rama-Rama Singgah.

Al Waqiah Rahsia Rezeki Melimpah Ruah

Amalkan Setiap Hari Membaca Surah Al Waqiah, In Syaa Allah Rezeki Yang Tak Disangka-sangka Akan Kunjung Tiba.

Jadilah Usahawan Muslim Produktif

Setiap Orang Dikurniakan Masa 24 Jam, Manfaatkan Sebaiknya. Sistemkan Perniagaan Anda Supaya Anda Ada Masa Untuk Orang Yang Tersayang.

Monday, 30 March 2020

RAHSIA DISEBALIK AL WAQIAH




Al-Waqiah. Surah yang menceritakan tentang suasana dan pembalasan pada hari Kiamat.


Bila baca sekali dengan terjemahan ya Allah rasa takut sangat-sangat.


Allah minta jauhlah daripada seksa api neraka. Belum terjadi lagi hari Kiamat tapi bila baca surah Al-Waqiah seolah-olah boleh rasa pedihnya azab tu. Sangat-sangat sakit.

Sebab kita kena api sikit pun dah sakit kan? Ni tak boleh nak imagine macam mana sakit dia tu.

Manusia selalu bermusuhan disebabkan duit dan harta sedangkan benda ni langsung tak boleh menyelamatkan kita pada hari Kiamat.

Carilah rezeki secara berpada-pada. Jangan sampai taksub dan jadi hamba duit.

Jangan diputuskan silaturahim kerana duit, pangkat dan nama.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Monday, 23 March 2020

PETANDA MASANYA AKAN TIBA



Dunia sudah menunjukkan tanda-tanda yang ia bakal berakhir. Kematian itu pasti dan ia pada hakikatnya semakin hampir. Setiap detik yang berlalu, jika kita renungkan, sudah pasti akan menyebabkan kita tersedar tentang firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Setiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).” – (Al-Ankabut : 57)


Tidak kira kaya atau miskin, tua atau muda, sihat atau sakit, apabila tiba masanya, kematian akan datang sebagaimana disebutkan dalam surah Al-A’raf ayat 34 yang bermaksud :

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.”.


Antara pentanda hampirnya kiamat juga adalah akan banyak berlaku kematian secara mengejut atau mendadak.

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ مِنْ أَمَارَاتِ السَّاعَةِ ... وَأَنْ يَظْهَرَ مَوْتُ الْفَجْأَةِ

Maksudnya: “Sesungguhnya di antara tanda Kiamat … akan banyak berlakunya kematian secara mengejut.” (ath-Thabrani dalam al-Ausath)


Semalam kita dimaklumkan 10 kematian sudah tercatat di Malaysia. Jika dilihat carta https://www.worldometers.info/coronavirus/ pada hari ini, kematian diseluruh dunia sudah meningkat secara mendadak kepada 14,613 (mungkin naik lagi hari ini) disebabkan wabak COVID19 sahaja.


Allahu…berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bertaqwalah kepada Allah sementara kita masih diberi peluang ini. Sebesar mana pun dosa kita pernah buat, pintu taubat masih dibuka.


Semoga kita semua dikurniakan Husnul Khatimah (Pengakhiran yang baik). Aamiiin.


- Syukri Sarapudin

Saturday, 21 March 2020

HARGAI REZEKI MASA LAPANG




Disebalik wabak COVID19 melanda negara kita pada hari ini, sedarkah kita bahawa Allah kurniakan nikmat masa lapang yang cukup banyak terutama bagi kita rakyat biasa yang bukan berada di barisan hadapan.

Kerajaan telah keluarkan perintah kawalan pergerakan bermula pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Tempoh yang saya kira cukup bagus bagi kita untuk bermuhasabah diri dan mengasah kemahiran diri dengan lebih baik disamping membantu kerajaan menangani isu wabak virus berjangkit ini.

Duduk rumah diam-diam bukanlah bermaksud hanya layan movie, habiskan makanan dalam peti ais, atau leka scroll social media saja. Itu tidak akan menyelesaikan masalah kita yang belum tentu akan dapat gaji bulan depan atau dua bulan lagi kalau wabak ni terus meningkat. Apa saja kemungkinan pasti kita kena ramalkan dan buat persediaan sekarang.

Jangan hanya menanti bantuan kerajaan atau mana-mana agensi untuk datang bantu kita. Sangat ramai rakyat marhaen yang lebih susah dari kita yang kerajaan perlu bantu. Jadi, inilah masa terbaik yang kita ada sekarang untuk planning betul-betul apa kita mesti buat kalau bulan depan ni tiba-tiba perintah berkurung pula mula dilaksanakan. Na'uzubillahi min zalik...

Platform online sangat membantu sekarang ni. Jika kita pandai berniaga online, berniagalah. Jika kita pandai buat kelas mengajar secara online, mengajarlah. Jika kita boleh bantu orang berniaga buat delivery, buatlah. Asalkan ianya mendatangkan hasil yang boleh kita gunakan di masa akan datang.

Kalau tak pandai buat online macamana? Belajarlah, kan ada masa sekarang ni, atleast bulan depan kita dah pandai kan? Jangan jadikan tak pandai itu sebagai alasan. Ingat kata-kata ni : “Jika kita tak mahu berubah, kita akan diubah.” Simple je…

Ambillah masa sekarang ni untuk buat persediaan lebih-lebih lagi jika kita ni bekerja sendiri atau pekerja swasta. Mungkin majikan kita pun pening sekarang ni macamana nak bayar gaji kita. Itu kita kena terima hakikatnya. Rintihan takkan mengubah nasib kita. Bangkit dan fikirkan sekarang!

Jika rezeki masa lapang yang sungguh banyak ini kita abaikan, jangan saling menyalahkan sesiapa lagi lepas ni. Takda orang yang nak ambil tahu pasal kesusahan kita kalau kita sendiri tak cekal berusaha mengubahnya. Kita boleh senang lenang seminggu dua ni, tapi lihatlah bulan depan, atau dua bulan lagi…sadisnya kita memperhambakan diri...


Semoga segala ikhtiar kita ini diredhai & mudah-mudahan rezeki semuanya diberkati oleh ilahi.

Aamiiin…


- Syukri Sarapudin
#MembinaTamanRezeki

Wednesday, 18 March 2020

LARANGAN KELUAR MASUK DARI KAWASAN WABAK




Ajaran Rasulullah s.a.w berkenaan kaedah bagaimana mengatasi masalah penyakit berjangkit seperti penyakit taun dan terkini Covid19.

Baginda telah telah mengisytiharkan kaedah kawalan yang dilaksanakan untuk membataskan penyebaran penyakit itu.

عَنْ أُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ يُحَدِّثُ سَعْدًا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلَا تَدْخُلُوهَا وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا مِنْهَا. رواه البخاري وأبو داود وأحمد.
التخريج: صحيح البخاري، كِتَابُ الطِّبِّ، بَابُ مَا يُذْكَرُ فِي الطَّاعُونِ، حديث رقم 5728، عن سعد رضي الله عنه.

Maksudnya :

Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau bercerita kepada Sa'd RA; daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW bersabda:

"Apabila kamu mendengar wabak taun di suatu tempat, maka janganlah kamu masuk ke dalamnya, namun jika ia menjangkiti suatu tempat, sementara kamu berada di dalamnya, maka janganlah kamu keluar daripada tempat tersebut."

(Hadith riwayat al-Bukhari, no. 5728, 5730, Abu Dawud, no. 3103, Ahmad, no. 1454)

Wednesday, 11 March 2020

ILMU BIAR MANTAP, AMAL MESTI TETAP



Ilmu & Amal. 

Inilah 2 elemen yang tak boleh dipisahkan jika kita betul-betul nak rezeki kita bak air terjun mencurah-curah.

Ilmu mantap, Amal kurang. Rezeki Goyang.

Ilmu kurang, Amal tetap. Rezeki Bocor.

Ilmu kurang, Amal kurang. Rezeki Terhalang / Hilang.

Solusinya ? Mesti kena selari. Ilmu Mantap & Amal Tetap. Rezeki Insyaallah Tip Top!

Sedarkah kita, selain daripada Allah menyatakan ada rezeki yang sudah dijamin (Surah Hud ayat 6), ada juga dalam ayat lain Allah nyatakan :

Ada rezeki melalui usaha (Surah An-Najm ayat 39)
Ada rezeki kerana bersyukur (Surah Ibrahim ayat 7)
Ada rezeki yang tak disangka-sangka (Surah At-Thalaq ayat 2-3)
Ada rezeki yang kena istighfar (Surah Nuh ayat 10-11),
Ada rezeki kerana menikah (Surah An-Nur ayat 32)
Ada rezeki kerana anak (Surah Al-Israa’ ayat 31)
Ada rezeki kerana sedekah (Surah Al-Baqarah ayat 245)

dan banyak lagi saya tak larat nak senaraikan...

Jadi belajarlah. Tahap rezeki kita sebenarnya ada kaitan dengan tahap Ilmu & Amal kita.

Bila rakan² faham formula ini. Mudahlah lepas ni untuk ‘Membina Taman Rezeki’. Tak perlu lagi ‘terkejar-kejar kepenatan’ mencari rezeki. In Syaa Allah.


- Syukri Sarapudin
#MembinaTamanRezeki

Friday, 6 March 2020

KUNCI REZEKI SEBENAR


USTAZ, APAKAH RAHSIA MURAH REZEKI ?

Jawapannya hanya ada pada satu kalimah...iaitu...ISTIQOMAH


Buat apa pun, kalau istiqomah insyaallah menjadi. Nampak mudah, tapi cabarannya... Masyaallah.. pernah rasa kan ?

Amalan murah rezeki ni banyak sebenarnya. Tapi masalah besar kita adalah TAK ISTIQOMAH. Hari ni buat, esok buat, lusa malas dah...

Kalau amalan zikir semudah "Ya Wahhab" 300 kali sehari pun kita GAGAL nak ISTIQOMAH, sabar dulu nak amal yang lain.

Bukan apa, lagi banyak kita tambah, lagi kita tak mampu untuk istiqomah.

Cuba buat sikit² dulu yang penting berterusan. Bukan buat banyak pastu separuh jalan.

Bila dah dapat istiqomah barulah rezeki pun laju mengalir deras. Kadang² tu dapat rezeki tak disangka² pun ada.

Jadi jangan pandang remeh bab istiqomah ya.


- Syukri Sarapudin
#MembinaTamanRezeki

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Blog Saya. Semoga Bermanfaat Ya. Jangan Lupa Klik Butang SHARE Jika Ia Bermanfaat Untuk Anda