Disebalik wabak COVID19 melanda negara kita pada hari ini, sedarkah kita bahawa Allah kurniakan nikmat masa lapang yang cukup banyak terutama bagi kita rakyat biasa yang bukan berada di barisan hadapan.
Kerajaan telah keluarkan perintah kawalan pergerakan bermula pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Tempoh yang saya kira cukup bagus bagi kita untuk bermuhasabah diri dan mengasah kemahiran diri dengan lebih baik disamping membantu kerajaan menangani isu wabak virus berjangkit ini.
Kerajaan telah keluarkan perintah kawalan pergerakan bermula pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Tempoh yang saya kira cukup bagus bagi kita untuk bermuhasabah diri dan mengasah kemahiran diri dengan lebih baik disamping membantu kerajaan menangani isu wabak virus berjangkit ini.
Duduk rumah diam-diam bukanlah bermaksud hanya layan movie, habiskan makanan dalam peti ais, atau leka scroll social media saja. Itu tidak akan menyelesaikan masalah kita yang belum tentu akan dapat gaji bulan depan atau dua bulan lagi kalau wabak ni terus meningkat. Apa saja kemungkinan pasti kita kena ramalkan dan buat persediaan sekarang.
Jangan hanya menanti bantuan kerajaan atau mana-mana agensi untuk datang bantu kita. Sangat ramai rakyat marhaen yang lebih susah dari kita yang kerajaan perlu bantu. Jadi, inilah masa terbaik yang kita ada sekarang untuk planning betul-betul apa kita mesti buat kalau bulan depan ni tiba-tiba perintah berkurung pula mula dilaksanakan. Na'uzubillahi min zalik...
Platform online sangat membantu sekarang ni. Jika kita pandai berniaga online, berniagalah. Jika kita pandai buat kelas mengajar secara online, mengajarlah. Jika kita boleh bantu orang berniaga buat delivery, buatlah. Asalkan ianya mendatangkan hasil yang boleh kita gunakan di masa akan datang.
Kalau tak pandai buat online macamana? Belajarlah, kan ada masa sekarang ni, atleast bulan depan kita dah pandai kan? Jangan jadikan tak pandai itu sebagai alasan. Ingat kata-kata ni : “Jika kita tak mahu berubah, kita akan diubah.” Simple je…
Ambillah masa sekarang ni untuk buat persediaan lebih-lebih lagi jika kita ni bekerja sendiri atau pekerja swasta. Mungkin majikan kita pun pening sekarang ni macamana nak bayar gaji kita. Itu kita kena terima hakikatnya. Rintihan takkan mengubah nasib kita. Bangkit dan fikirkan sekarang!
Jika rezeki masa lapang yang sungguh banyak ini kita abaikan, jangan saling menyalahkan sesiapa lagi lepas ni. Takda orang yang nak ambil tahu pasal kesusahan kita kalau kita sendiri tak cekal berusaha mengubahnya. Kita boleh senang lenang seminggu dua ni, tapi lihatlah bulan depan, atau dua bulan lagi…sadisnya kita memperhambakan diri...
Semoga segala ikhtiar kita ini diredhai & mudah-mudahan rezeki semuanya diberkati oleh ilahi.
Aamiiin…
- Syukri Sarapudin
#MembinaTamanRezeki
0 comments:
Post a Comment