Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1441H/2020

Semoga Amal Ibadah Kita Semua Di Terima Dan Di Berkati Ilahi.

Al Quran Itu Panduan Hidup Kita

Jangan kita sekali-kali mensia-siakan hidup kita tanpa belajar memahami isi kandung ayat-ayat suci Al Quran.

Membina Taman Rezeki

Binalah Taman Rezeki Untuk Menarik Rezeki, Umpama Membina Taman Yang Indah Untuk Sang Rama-Rama Singgah.

Al Waqiah Rahsia Rezeki Melimpah Ruah

Amalkan Setiap Hari Membaca Surah Al Waqiah, In Syaa Allah Rezeki Yang Tak Disangka-sangka Akan Kunjung Tiba.

Jadilah Usahawan Muslim Produktif

Setiap Orang Dikurniakan Masa 24 Jam, Manfaatkan Sebaiknya. Sistemkan Perniagaan Anda Supaya Anda Ada Masa Untuk Orang Yang Tersayang.

Tuesday, 19 May 2020

DOA SUNNAH MALAM LAILATUL QADAR


Doa malam lailatul qadar yang dianjurkan untuk dibaca ketika malam lailatul qadar. Berikut doa malam lailatul qadar:

اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Dibaca :
Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii

Ertinya :
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku”.

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, beliau bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ القَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: قُولِي: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Ertinya :
Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu? Beliau menjawab: Ucapkanlah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii...

(HR. Ahmad 25384, At-Tirmizi 3513, Ibn Majah 3850, An-Nasai dalam Amal Al-yaum wa lailah, dan Al-Baihaqi dalam Syua’bul Iman 3426).

Monday, 18 May 2020

PANDUAN SOLAT AIDIL FITRI DI RUMAH BUAT IMAM INTERIM MUSIM PKP

Foto Kredit: postandcourier.com


Hari raya aidilfitri bakal menjelang tiba tidak lama lagi ni. Masjid dan surau masih lagi ditutup musim PKP. Kali ni, ayah-ayah atau abang-abang mesti jadi imam solat Aidilfitri berjemaah bersama keluarga di rumah masing-masing.

Jangan risau, ikut sahaja panduan solat Aidilfitri dan khutbah hari raya ini.

❤️ Cara Solat Sunat Aidilfitri.

Rakaat Pertama

1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
Lafaz niat;
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ اِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى
Usalli sunnatan liAidil Fitri rak'ataini imaman lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat menjadi imam kerana Allah Ta'ala.

2. Membaca doa iftitah

3. Angkat tangan sambil lafaz takbir ‘Allahu akbar’ sebanyak 7 kali. Selang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar. secara perlahan.
[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر]

4. Membaca surah al-Fatihah

5. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’la)

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat kedua

1. Bangkit dari sujud menuju rakaat kedua dengan lafaz takbir intiqalat ‘Allahu akbar’ tiada angkat tangan ketika qiam (takbir permulaan rakaat kedua)

2. Selepas itu terus angkat tangan sambil lafaz takbir ‘Allahu akbar’ sebanyak 5 kali di selangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar, secara perlahan.
[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر]

3. Membaca surah al-Fatihah

4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghasyiyah)

5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua

6. Memberi salam

Maka selesailah solat sunat Aidilfitri.

Kemudian tibalah saatnya untuk ayah-ayah/abang-abang membaca khutbah hari raya aidil fitri. Baca je teks yg disediakan ni!

Khutbah Aidilfitri ni macam khutbah hari Jumaat biasa saja.

TEKS KHUTBAH AIDIL FITRI 1441H/2020M

(Dibacakan selepas selesai solat hari raya aidil fitri)

❤️ KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
الحَمْدُ ِللهِ نَشْكُرُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ . أَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .. فَيَا أَيُّهَا الْـمُسْلِمُوْنَ اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Keluarga yang dikasihi sekalian,

Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan mentaati dan melaksanakan segala titah perintah-Nya serta meninggalkan segala yang ditegah dan dilarang-Nya.

Semoga ibadah puasa dan seluruh kebaikan dan ketaatan yang kita lakukan di bulan Ramadan yang lalu menjadi sebab bertambahnya ketakwaan kita kepada Allah SWT. Semoga Allah menerima amalan kita dan mengampuni kekurangan kita di sepanjang bulan Ramadan yang baru berlalu.

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Hari ini adalah hari kesyukuran atas kejayaan kita sekeluarga melaksanakan kewajipan berpuasa dan mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia. Kegembiraan ini mestilah dizahirkan dengan bertakbir, bertahmid, dan bertasbih sebagai tanda perubahan diri kita untuk terus istiqamah melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah. Semoga kita dianugerahi Syurga Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam ayat 124 surah an-Nisa’:
وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَـٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا

Maksudnya: Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari kalangan lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Kita menyambut Ramadan dan Syawal tahun ini dalam suasana yang agak berbeza di mana kita terpaksa menghadapi norma baharu untuk tidak melakukan sebarang pergerakan di luar rumah sebagaimana kebiasaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan ketika ini bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Seluruh dunia ketika ini menghadapi ujian wabak COVID 19. Apa yang sedang berlaku ini adalah ujian buat kita pada keimanan, ujian kasih sayang sesama manusia, ujian kesabaran dan ujian kebijaksanaan menghadapi bencana.

Setelah lama kita hidup dalam kenikmatan dan kebebasan, kita kini belajar hidup dalam kesabaran dengan penuh redha, Virus Corona hanyalah Asbab untuk mengajar manusia erti kehambaan dan betapa kita semua sangat memerlukan pertolongan Allah.

Hanya beberapa bulan Allah menarik sedikit kenikmatan dan kebebasan, sudah ramai yang ketakutan, resah dengan pelbagai rungutan walaupun masih boleh makan dan berteduh. Ketahuilah Allah SWT menguji hambanya supaya mereka kembali mengingati dan taat kepada-Nya. Mudah-mudahan keluarga kita juga sentiasa mengingati Allah dalam menghadapi situasi ini.

Firman Allah SWT dalam ayat 11 surah at-Taghabun :
مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Keluarga yang dikasihi sekalian,

Mari kita sama-sama teruskan semangat ibadah di bulan Ramadan dengan istiqamah dalam ibadah kepada Allah terutamanya solat fardhu berjamaah dan teguh dalam mencintai rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, dan giat menuntut ilmu dengan apa cara sekalipun.

Sama-sama kita manfaat teknologi yang ada untuk terus mendekatkan kembali hubungan dengan sanak, saudara, keluarga dan teman-teman agar silaturrahin kita tidak terjejas sekalipun kita dalam tempoh perintah kawalan pergerakan di musim perayaan ini.

Dalam keterbatasan ini marilah kita sama-sama menghadapi norma baharu ini dengan tenang dan belajar gembira dengan suasana yang ada. Allah SWT menyuruh kita tolong menolong, nasihat menasihati dalam perkara kebaikan, kebenaran dan kesabaran dalam menghadapi kehidupan. Firman Allah SWT:

وَالْـعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)

(maksudnya): “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

(Habis khutbah pertama. Kemudian hendaklah khatib duduk seketika antara khutbah pertama dan kedua)

❤️ KHUTBAH KEDUA.

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Keluarga yang dikasihi sekalian,

Kita digalakkan untuk merebut peluang untuk menambah pahala dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal. Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ

Maksudnya: Sesiapa yang telah berpuasa bulan Ramadan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. [Riwayat Muslim]

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنَ الْبَرَصِ، وَالْـجُنُونِ، وَالْـجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. نَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ. اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Selesai, boleh la bersurai. Itu je pun. Tak susah kan?

Ada beberapa hari lagi ni bolehlah berlatih ye.

Agak-agak nak tukar teks khutbah, boleh je download khutbah mana-mana kat internet. seperti di laman web Jakim e-khutbah atau di laman web jabatan agama negeri. Kemudian baca.

Selesai...

Share panduan ni dekat semua ayah-ayah/abang-abang yang bakal jadi imam dan khatib raya di rumah nanti.


Friday, 15 May 2020

JANGAN TINGGAL DHUHA & AL WAQIAH



Kerjakan solat Dhuha sebagai tanda Syukur kita kepada Yang Maha Memberi. Waktu lapang yang ada sekarang ini gunakan sebaiknya. Buatlah 4 – 8 rakaat. Insyaallah ianya akan membawa barakah pada hari tersebut. Alang-alang kena duduk rumah, belajarlah Istiqomah.


Jangan lupa setiap hari baca surah Al-Waqiah. Insyaallah ia akan menarik rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Rezeki itu ada macam-macam jenis. Kesihatan itu juga adakah rezeki. Cuba bayangkan kalau kita duduk rumah tiba-tiba sakit? Atau keluarga kita sakit? Jadi, jangan lupa, kesihatan itu rezeki yang lebih bernilai dari duit. Amalkan Al Waqiah supaya segala rezeki tesebut mengelilingi kita.

Apabila berlakunya perintah kawalan pergerakan, sudah pasti ramai yang akan risau tentang keadaan kewangan masing-masing yang kian surut. Segala ikhtiar sudah dibuat dan kita semua sangat berharap keadaan getir ini akan segera pulih supaya dapat kita jalani kehidupan seperti biasa.

Jangan terpedaya dengan info-info palsu di media sosial. Follow berita-berita yang sahih sahaja. Selebihnya abaikan saja. Mohonlah doa kepada-Nya di atas sejadah. Jangan lupa titipkan juga doa kepada rakan-rakan kita yang kini sedang berjuang di barisan hadapan.

Situasi ini sangat menguji keimanan seseorang hamba terhadap Yang Maha Mencipta. Yang paling penting kita mesti YAKIN bahawa “Tidak akan berlakunya sesuatu tanpa IZIN daripada ALLAH”. La hawla wala quwwata illah billah.


- Syukri Sarapudin
#MembinaTamanRezeki

Tuesday, 12 May 2020

RISAU TENTANG REZEKI? BACA NI...




Dr Wahbah Zuhaili menukilkan sebuah hadis yang menceritakan tentang kelebihan surah al-Waqiah dengan menyatakan, daripada Abu Zibah berkata ketika Abdullah bin Mas’ud sedang tenat dan nazak, lalu Saidina Osman bin Affan RA menziarahinya dan bertanya berkenaan peninggalannya kepada anak perempuannya, maka Ibnu Mas’ud berkata:


أتخشى على بناتي الفقر؟ إني أمرت بناتي يقرأن كل ليلة سورة الواقعة، إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من قرأ سورة الواقعة كل ليلة، لم تصبه فاقة أبدا

Maksudnya: Apakah engkau risau akan putri-putriku menjadi fakir? Sesungguhnya aku telah memerintahkan putriku untuk membaca surah al-Waqiah pada setiap malam. Ini kerana aku telah mendengar Rasullullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa musibah kefakiran selama-lamanya.”

(Lihat al-Tafsir al-Munir li Zuhaili, 27/257)


Semoga Bermanfaat


- Syukri Sarapudin
#MembinaTamanRezeki

Wednesday, 22 April 2020

PANDUAN SOLAT TERAWIH EDISI KEMASKINI 2020 JAKIM


Mungkin ramai papa daddy sekalian tengah cari Panduan Solat Sunat Terawih sehari dua ni.

Jadi untuk mudahkan papa daddy sekalian saya share Panduan Solat Terawih Edisi 2020 yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


In Syaa Allah papa daddy sekalian mudah untuk laksanakannya bersama keluarga tercinta.


Takda apa yang perlu dirisaukan. Bacalah surah apa yang papa daddy ingat dan mudah. Kalau perlu letak Mushaf Al Quran di depan, letaklah.

Untuk zikir dan doa selepas solat terawih. Rujuk saja panduan yang saya share ini dalam henfon masing-masing. Tak perlu malu. Sebab kita semua sedang belajar.

Yang mana sudah hafal, alhamdulillah. Yang belum hafal, lihat saja panduan. Yang penting perlaksanaan solat sunat terawih itu berjalan dengan lancar di rumah masing-masing.

Cuma papa daddy perlu ingat, bila jadi imam kena niat imam ya, sebab rata-rata dalam buku panduan dia hanya tulis niat makmum saja. Please alert perkara penting ni. Niat jadi imam ya.


Klik Sini ya : >> DOWNLOAD SEKARANG <<


Semoga bermanfaat!

Wednesday, 8 April 2020

IHFAZILLAH YAHFAZKA!



Daripada Abu al-‘Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. beliau berkata:

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku:

Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah:

Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu.

Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. .

Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah.

Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.

Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu.

Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu.

Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran- lembaran telah kering (dakwatnya).


Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata : la adalah Hadis Hasan Sohih.

AMALAN MALAM NISFU SYA'BAN



🕌 MALAM NISFU SYA'BAN 🕌

_Dianjurkan membaca Surah Yasin ( 3x )_

🏵Surah Yasin ke 1
"Dibaca untuk memohon panjang umur dan ketaatan serta ketaqwaan dan dapat istiqamah kepada Allah Ta'ala".

🏵Surah Yasin ke 2
"Dibaca untuk memohon diluaskan rezeqi yang halal & menolak bala".

🏵Surah Yasin ke 3
"Dibaca untuk memohon ditetapkannya Iman Islam hingga akhir hayat".
.
.
Dan juga membaca :
.
📿 Astaghfirullahal 'Adzim ( 100x )
📿 Tahmid & Takbir ( 100 x )
📿 Shalawat Nabi ( 100x )

dan dzikir dzikir lainnya ..


🕋 Berdo'alah secara khusyu'... Meminta apa yang tersirat dalam hati. Karena malam nisfu Sya'ban adalah malam yang sangat diijabah untuk dikabulkan semua doa" & hajat" yang diinginkan.


📙Para Ulama menyatakan bahwa Malam nisfu Sya'ban juga dinamakan malam pengampunan atau malam Maghfirah

📙 Imam Al Gozhali RA. mengistilahkan malam nisfu Sya'ban sebagai malam yang penuh dengan Syafaat ( pertolongan ) menurut Beliau.


♥️Malam ke 13 bulan Sya'ban Allah Ta'ala memberikan 3 Syafaat kepada hambaNya.

♥️Malam ke 14, seluruh Syafaat diberikan secara penuh.

♥️Malam ke 15, umat Islam dapat memiliki banyak sekali kebaikan sebagai penutup catatan amalnya selama satu tahun.

_Karena pada malam itu Allah Ta'ala menurunkan pengampunan kepada seluruh penduduk bumi terutama kepada hamba"Nya yang Shaleh._


💚MARILAH WAHAI,HAMBA2 YANG ALLAH SAYANGI, MULAI MALAM INI KITA BANYAKAN BERDOA AGAR KEADAAN KEMBALI PULIH & AGAR DIPERTEGUH IMAN SERTA DIAMPUN SEGALA DOSA ,AKHIRNYA MASUK SYURGA..🤲🤲🤲


🌼 Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amir Al Anshari radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.” (HR. Muslim no. 1893)


_Allahumma bariklana fi Sya'ban wa balighna Ramadhan_


_🌹 Barakallahufikum 🌹_

Monday, 30 March 2020

RAHSIA DISEBALIK AL WAQIAH




Al-Waqiah. Surah yang menceritakan tentang suasana dan pembalasan pada hari Kiamat.


Bila baca sekali dengan terjemahan ya Allah rasa takut sangat-sangat.


Allah minta jauhlah daripada seksa api neraka. Belum terjadi lagi hari Kiamat tapi bila baca surah Al-Waqiah seolah-olah boleh rasa pedihnya azab tu. Sangat-sangat sakit.

Sebab kita kena api sikit pun dah sakit kan? Ni tak boleh nak imagine macam mana sakit dia tu.

Manusia selalu bermusuhan disebabkan duit dan harta sedangkan benda ni langsung tak boleh menyelamatkan kita pada hari Kiamat.

Carilah rezeki secara berpada-pada. Jangan sampai taksub dan jadi hamba duit.

Jangan diputuskan silaturahim kerana duit, pangkat dan nama.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Monday, 23 March 2020

PETANDA MASANYA AKAN TIBA



Dunia sudah menunjukkan tanda-tanda yang ia bakal berakhir. Kematian itu pasti dan ia pada hakikatnya semakin hampir. Setiap detik yang berlalu, jika kita renungkan, sudah pasti akan menyebabkan kita tersedar tentang firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Setiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).” – (Al-Ankabut : 57)


Tidak kira kaya atau miskin, tua atau muda, sihat atau sakit, apabila tiba masanya, kematian akan datang sebagaimana disebutkan dalam surah Al-A’raf ayat 34 yang bermaksud :

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.”.


Antara pentanda hampirnya kiamat juga adalah akan banyak berlaku kematian secara mengejut atau mendadak.

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ مِنْ أَمَارَاتِ السَّاعَةِ ... وَأَنْ يَظْهَرَ مَوْتُ الْفَجْأَةِ

Maksudnya: “Sesungguhnya di antara tanda Kiamat … akan banyak berlakunya kematian secara mengejut.” (ath-Thabrani dalam al-Ausath)


Semalam kita dimaklumkan 10 kematian sudah tercatat di Malaysia. Jika dilihat carta https://www.worldometers.info/coronavirus/ pada hari ini, kematian diseluruh dunia sudah meningkat secara mendadak kepada 14,613 (mungkin naik lagi hari ini) disebabkan wabak COVID19 sahaja.


Allahu…berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bertaqwalah kepada Allah sementara kita masih diberi peluang ini. Sebesar mana pun dosa kita pernah buat, pintu taubat masih dibuka.


Semoga kita semua dikurniakan Husnul Khatimah (Pengakhiran yang baik). Aamiiin.


- Syukri Sarapudin

Saturday, 21 March 2020

HARGAI REZEKI MASA LAPANG




Disebalik wabak COVID19 melanda negara kita pada hari ini, sedarkah kita bahawa Allah kurniakan nikmat masa lapang yang cukup banyak terutama bagi kita rakyat biasa yang bukan berada di barisan hadapan.

Kerajaan telah keluarkan perintah kawalan pergerakan bermula pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Tempoh yang saya kira cukup bagus bagi kita untuk bermuhasabah diri dan mengasah kemahiran diri dengan lebih baik disamping membantu kerajaan menangani isu wabak virus berjangkit ini.

Duduk rumah diam-diam bukanlah bermaksud hanya layan movie, habiskan makanan dalam peti ais, atau leka scroll social media saja. Itu tidak akan menyelesaikan masalah kita yang belum tentu akan dapat gaji bulan depan atau dua bulan lagi kalau wabak ni terus meningkat. Apa saja kemungkinan pasti kita kena ramalkan dan buat persediaan sekarang.

Jangan hanya menanti bantuan kerajaan atau mana-mana agensi untuk datang bantu kita. Sangat ramai rakyat marhaen yang lebih susah dari kita yang kerajaan perlu bantu. Jadi, inilah masa terbaik yang kita ada sekarang untuk planning betul-betul apa kita mesti buat kalau bulan depan ni tiba-tiba perintah berkurung pula mula dilaksanakan. Na'uzubillahi min zalik...

Platform online sangat membantu sekarang ni. Jika kita pandai berniaga online, berniagalah. Jika kita pandai buat kelas mengajar secara online, mengajarlah. Jika kita boleh bantu orang berniaga buat delivery, buatlah. Asalkan ianya mendatangkan hasil yang boleh kita gunakan di masa akan datang.

Kalau tak pandai buat online macamana? Belajarlah, kan ada masa sekarang ni, atleast bulan depan kita dah pandai kan? Jangan jadikan tak pandai itu sebagai alasan. Ingat kata-kata ni : “Jika kita tak mahu berubah, kita akan diubah.” Simple je…

Ambillah masa sekarang ni untuk buat persediaan lebih-lebih lagi jika kita ni bekerja sendiri atau pekerja swasta. Mungkin majikan kita pun pening sekarang ni macamana nak bayar gaji kita. Itu kita kena terima hakikatnya. Rintihan takkan mengubah nasib kita. Bangkit dan fikirkan sekarang!

Jika rezeki masa lapang yang sungguh banyak ini kita abaikan, jangan saling menyalahkan sesiapa lagi lepas ni. Takda orang yang nak ambil tahu pasal kesusahan kita kalau kita sendiri tak cekal berusaha mengubahnya. Kita boleh senang lenang seminggu dua ni, tapi lihatlah bulan depan, atau dua bulan lagi…sadisnya kita memperhambakan diri...


Semoga segala ikhtiar kita ini diredhai & mudah-mudahan rezeki semuanya diberkati oleh ilahi.

Aamiiin…


- Syukri Sarapudin
#MembinaTamanRezeki

Wednesday, 18 March 2020

LARANGAN KELUAR MASUK DARI KAWASAN WABAK




Ajaran Rasulullah s.a.w berkenaan kaedah bagaimana mengatasi masalah penyakit berjangkit seperti penyakit taun dan terkini Covid19.

Baginda telah telah mengisytiharkan kaedah kawalan yang dilaksanakan untuk membataskan penyebaran penyakit itu.

عَنْ أُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ يُحَدِّثُ سَعْدًا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلَا تَدْخُلُوهَا وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا مِنْهَا. رواه البخاري وأبو داود وأحمد.
التخريج: صحيح البخاري، كِتَابُ الطِّبِّ، بَابُ مَا يُذْكَرُ فِي الطَّاعُونِ، حديث رقم 5728، عن سعد رضي الله عنه.

Maksudnya :

Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau bercerita kepada Sa'd RA; daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW bersabda:

"Apabila kamu mendengar wabak taun di suatu tempat, maka janganlah kamu masuk ke dalamnya, namun jika ia menjangkiti suatu tempat, sementara kamu berada di dalamnya, maka janganlah kamu keluar daripada tempat tersebut."

(Hadith riwayat al-Bukhari, no. 5728, 5730, Abu Dawud, no. 3103, Ahmad, no. 1454)

Wednesday, 11 March 2020

ILMU BIAR MANTAP, AMAL MESTI TETAP



Ilmu & Amal. 

Inilah 2 elemen yang tak boleh dipisahkan jika kita betul-betul nak rezeki kita bak air terjun mencurah-curah.

Ilmu mantap, Amal kurang. Rezeki Goyang.

Ilmu kurang, Amal tetap. Rezeki Bocor.

Ilmu kurang, Amal kurang. Rezeki Terhalang / Hilang.

Solusinya ? Mesti kena selari. Ilmu Mantap & Amal Tetap. Rezeki Insyaallah Tip Top!

Sedarkah kita, selain daripada Allah menyatakan ada rezeki yang sudah dijamin (Surah Hud ayat 6), ada juga dalam ayat lain Allah nyatakan :

Ada rezeki melalui usaha (Surah An-Najm ayat 39)
Ada rezeki kerana bersyukur (Surah Ibrahim ayat 7)
Ada rezeki yang tak disangka-sangka (Surah At-Thalaq ayat 2-3)
Ada rezeki yang kena istighfar (Surah Nuh ayat 10-11),
Ada rezeki kerana menikah (Surah An-Nur ayat 32)
Ada rezeki kerana anak (Surah Al-Israa’ ayat 31)
Ada rezeki kerana sedekah (Surah Al-Baqarah ayat 245)

dan banyak lagi saya tak larat nak senaraikan...

Jadi belajarlah. Tahap rezeki kita sebenarnya ada kaitan dengan tahap Ilmu & Amal kita.

Bila rakan² faham formula ini. Mudahlah lepas ni untuk ‘Membina Taman Rezeki’. Tak perlu lagi ‘terkejar-kejar kepenatan’ mencari rezeki. In Syaa Allah.


- Syukri Sarapudin
#MembinaTamanRezeki

Friday, 6 March 2020

KUNCI REZEKI SEBENAR


USTAZ, APAKAH RAHSIA MURAH REZEKI ?

Jawapannya hanya ada pada satu kalimah...iaitu...ISTIQOMAH


Buat apa pun, kalau istiqomah insyaallah menjadi. Nampak mudah, tapi cabarannya... Masyaallah.. pernah rasa kan ?

Amalan murah rezeki ni banyak sebenarnya. Tapi masalah besar kita adalah TAK ISTIQOMAH. Hari ni buat, esok buat, lusa malas dah...

Kalau amalan zikir semudah "Ya Wahhab" 300 kali sehari pun kita GAGAL nak ISTIQOMAH, sabar dulu nak amal yang lain.

Bukan apa, lagi banyak kita tambah, lagi kita tak mampu untuk istiqomah.

Cuba buat sikit² dulu yang penting berterusan. Bukan buat banyak pastu separuh jalan.

Bila dah dapat istiqomah barulah rezeki pun laju mengalir deras. Kadang² tu dapat rezeki tak disangka² pun ada.

Jadi jangan pandang remeh bab istiqomah ya.


- Syukri Sarapudin
#MembinaTamanRezeki

Tuesday, 18 February 2020

SEDARKAH KITA SEDANG DIPERHATI?



Masih dibuai mimpikah kita sekarang ni? Tepuk muka dan tanya diri "Apa yang aku sedang buat sekarang ni?"

Lupakah kita yang setiap detik kita dibawah pengawasan Yang Maha Mengetahui ?

Tak malukah kita mendabik diri sedangkan kita hanyalah menerima pinjaman dari Yang Maha Memberi?

Beristighfarlah...mohon ampunan Ilahi.

Insyaallah, hidup kita pasti diberkahi & rezeki mencurah-curah nanti. Aaamiin.


- Syukri Sarapudin
#MembinaTamanRezeki

Tuesday, 11 February 2020

BANGKITLAH..JANGAN LEMAH!




Ujian dunia sentiasa akan hadir. Tak kira kita senang atau susah. Itu perkara biasa.

Setiap ujian itu ada hikmahnya. Bukan saja-saja. Bukankah kita pernah belajar para nabi yang maksum juga turut diuji? Bahkan lebih teruk ujian mereka sebenarnya.

Kenapa kita diuji? Bukalah Surah Al-Mulk ayat 2. Itulah jawapannya.

Jangan salahkan takdir. Sebab kita dikurnia akal yang luar biasa. Bukankah manusia itu sebaik-baik ciptaan?

Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri mengubah nasib diri mereka.

Fahami dengan jelas maksud & tujuan hidup. Jangan lalai dibuai mimpi yang sementara.

Binalah kehidupan yang kekal abadi. Bukan hidup yang hanyut dibawa masalah peribadi.


- Syukri Sarapudin
#MembinaTamanRezeki

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Blog Saya. Semoga Bermanfaat Ya. Jangan Lupa Klik Butang SHARE Jika Ia Bermanfaat Untuk Anda